Sejarah Negeri Perak.

Info daripada hasil perhimpunan semalam. Akan dikemaskinikan dalam blog yang normanhafizi.blogspot.my

SAHIBUS SAMAHAH
DATO’ MAHARAJALELA

Rupa2nya Dato’ Maharajalela yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British kerana terlibat merancang pembunuhan JWW Birch ialah seorang MUFTI. (Malam tadi baru perasan. Ceramah TGHH di Pasir Salak).

Maharajalela berketurunan anak Raja Bugis, Daeng Selili yang berhijrah dari Daerah Luwuk, Sulawesi ke Perak pada zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III.

Sultan berbesar hati di atas kedatangan ulamak besar ini lantas melantiknya sebagai mufti bertaraf Orang Besar Berlapan. Beliau dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Sebagai seorang yang berjiwa Islam, Dato Maharajalela tidak boleh melihat penjajah asing yang berkuasa mencaturkan politik di Perak. Perak negeri yang mempunyai raja. Namun banyak perkara diputuskan oleh Residen British.

Dato’ Maharajalela tidak boleh bersabar. Beliau berama pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato’ Sagor) dan Ngah Kandin, merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

Birch yang lahir pada 3 April 1826 ialah anak kepada Reverend James Wheeler Birch, paderi gereja All Saints di Hertford, England.

Birch ialah Residen British yang pertama di Perak yang dilantik pada November 1874. Tugasnya ialah mengutip cukai dan mentadbir Perak.

Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Birch mengeluarkan arahan menuntut semua hasil cukai dan pendapatan negeri dikutip pegawai kerajaan. Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang mengutip cukai tanpa mengikut peraturan British.

Perancangan Dato’ Maharajalela untuk membunuh Birch mendapat perkenan diraja dalam mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875.

Melihat penentangan orang Melayu terhadapnya, Birch bersama kumpulannya bergerak ke Pasir Salak pada 1/11/1875. Orang-orang Melayu yang bersenjata ketika itu sudah berkumpul di tepi sungai berhampiran dengan bot Birch.

Mereka mengoyakkan semua surat arahan British yang ditampal. Mereka kemudian membaling lembing ke arah Birch yang sedang mandi di sungai dan menghumbankannya ke dalam sungai. Turut terbunuh ialah kerani Birch berbangsa Melayu, Mat Arshad. Peristiwa ini berlaku pada 2/11/1875.

Antara nama yang dikaitkan dengan pembunuhan ini ialah Dato Maharaja Lela sendiri, Datuk Sagor, Si Putum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor dan lain-lain.

Maharajalela ditangkap dan dibicarakan oleh Mahkamah British pada 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Mahkamah kemudian nya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Perak kerana bersalah membunuh anak paderi gereja All Saints di Hertford, England yang menzalimi rakyat Perak itu.

Inilah harga yang dibayar oleh orang Melayu dan umat Islam untuk kedaulatan negara tercinta.

Semoga Allah merahmati Al Marhum dan mengalirkan semangat juangnya kepada umat Islam akhir zaman ini.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s